KOORDINASI BADAN - Penyelarasan gerak balas badan terhadap sebarang rangsangan
Koordinasi badan terbahagi kepada dua iaitu SISTEM SARAF dan SISTEM ENDOKRIN
SISTEM SARAF terbahagi kepada dua iaitu SISTEM SARAF PUSAT dan SISTEM SARAF PERIFERI
SISTEM SARAF PUSAT
NEURON PERANTARAAN
SISTEM SARAF PUSAT
- Merupakan pusat kawalan badan
- Sistem saraf pusat terdiri daripada otak (mengawal semua aktiviti badan) dan saraf tunjang ( mengawal tindakan refleks )
SISTEM SARAF PERIFERI
- Sistem ini menghubungkan reseptor dan efektor dengan sistem saraf pusat
- Sistem saraf periferi terdiri daripada sistem saraf soma (kawal tindakan terkawal) dan sistem saraf autonomi ( kawal tindakan luar kawal)
- Sistem saraf soma terdiri daripada saraf kranium dan saraf spina
- Saraf kranium menghubungkan otak kepada organ deria
- Saraf spina menghubungkan saraf tunjang dengan bahagian badan
NEURON
- Unit asas dalam sistem saraf
- Terdapat 3 jenis neuron iaitu neuron deria, neuron perantaraan, neuron motor
NEURON DERIA
NEURON PERANTARAAN
Fungsi- Menghantar impuls dari neuron deria ke neuron motor
NEURON MOTOR
Fungsi- Menghantar impuls dari sistem saraf pusat ke efektor
Fungsi DENDRIT ialah menghantar impuls ke badan sel
Fungsi BADAN SEL ialah mengawal segala aktiviti neuron
Fungsi AKSON ialah menghantar impuls dari neuron lain ke badan sel
Fungsi SALUT MIELIN ialah melindungi akson dan mempercepatkan penghantaran impuls saraf
Fungsi DENDRON ialah membawa impuls dari badan sel ke efektor
Ulasan
Catat Ulasan